Wednesday, October 08, 2008

Satu hari di hari raya..

Scene 1
Location: Dining room in Sg Ara

Kak Yong: Ndar, pegi la mandi, orang lain semua dah siap
Iskandar: Ndar nak makan dulu laaa..
Ikram: Nanti orang lain dah siap, dok tunggu dia je..
Kak Yong: Ye lah!
Iskandar: Kejap la, Ndar nak makan.
Kak Yong: Nape tak mandi awal²?

Iskandar buat muke kat kak Yong

Scene 2
Location: PFK5775 yang diparkir di luar 12 Gerbang Sg Ara 4

Adi dan Izati berebut tempat duduk depan dan Izati kalah sambil menarik muke tak puas hati

Kak Yong: ISKANDAR! Cepat sikit, semua orang dah tunggu..
Ikram: Dia tu memang lembap, dah suruh siap awal dah tadi
Iskandar: Kejap, samping Ndar ni..
Izati: Cepat la Iskandar.. dah pukul 9 dah ni!

Kelihatan Iskandar bergegas masuk ke kereta dengan baju yang tidak diiron

Scene 3
Location: PFK5775 yang otw ke Masjid Sg Ara

Dari jauh kelihatan para makmum sudah memulakan solat pagi raya dan PFK baru sahaja sampai tanpa satu petak parkir kosong yang kelihatan

Adi: Kak Yong, orang dah stat la!
Kak Yong: Alamak! Betul la, orang dah start.. camne ni?
Ikram: Lariiiii.. terus je kak Yong.. JGN BERENTI!
Adi: Tunduk², nanti orang tatau kite dah terlepas semayang
Ikram: Betul.. sorok muke!
Kak Yong: Oii, kak Yong ngan Izati pakai telekung, camne nak kaver
Izati: Takkan nak bukak telekung kot..
Kak Yong: Dah la kak Yong drive, gile nak bukak telekung.
Izati: Tak pakai tudung kat dalam pulak tu..
Iskandar: JGN BENTI KAK YONG! Terus je!!!
Ikram: Kat depan tu! Masuk kat depan tuuu

PFK terus menuju di depan sampil pure² tidak nampak masjid

Ikram: Pusing kat depan tu.. masuk situ!
Kak Yong: Tu jalan ape tu?
Adi: Alaaa, jalan belakang nak balik Sg Ara
Kak Yong: Betul ke?
Ikram & Adi: Betul laaaa!!
Kak Yong: Nanti nak cakap ape kat Mama?
Adi: Cakap je Imam tu bace laju..

Scene 4
Location: 12 Gerbang Sg Ara 4

Mama: Ehh.. dah balik?!?
Kak Yong: A'ah.. awal kan arini..
Ikram: Imam tu bace laju giler..

Adi, Izati & Iskandar mengangguk tande setuju

Kesimpulan: Adik beradik ni memang hampeh hahaha.. Oittt, pi mintak maaf kat Imam tu!!!

No comments: