Friday, August 23, 2013

Muhasabah diri di pagi Jumaat~

Sekadar renungan dan peringatan untuk diri sendiri..

"Di dalam hati mereka terdapat penyakit, lalu Allah menambah mereka dengan penyakit, dan mereka akan menerima azab yang pedih, kerana sebelum ini mereka selalu berbohong" ~ Surah Al Baqarah ayat 10

"Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya)" ~ Surah Al Qaaf ayat 18

Maka..

Ya Allah jadikan lidahku lidah orang yang benar dan jangan jadikan lidahku lidah manusia pendusta. Jadikanlah aku teman bicara yang solehah dan jujur. Kuatkan imanku untuk sentiasa melatih lidahku berkata jujur atau jika tiada yang perlu diperkatakan, maka jadikan aku berupaya untuk berdiam diri.. Amiin..