Friday, October 14, 2011

Pantun tak romantik.. tp pada sy, chumel! ☺



Beberapa minggu yang lalu, semasa masih dalam cuti semester dan adik sy, Izati, yang berada di rumah telah menjumpai satu pantun yang pernah sy berikan kepadanya. Pantun ini sebenarnya adalah hasil nukilan kawan sy, Dian dan pada waktu itu, ianya telah mencetuskan penjualan dan belian pantun di laman FB sy beserta YM sy. Sy pernah menulis mengenainya di sini

Rupanya, tindakan adik sy berkongsi semula pantun itu di laman FB nya turut disedari oleh kawan kepada Ikram (juga adik sy) iaitu Sofi (yg sy rasa seperti adik sy juga kerana sentiasa berada dirumah sy tiap kali Ikram pulang hehe..) dan bermulalah jualan dan belian pantun antara adik sy berdua ini.

Bermula dengan pantun indah dari Dian itu:

Sireh ada, pinang pun ada,
Sajalah saya tak letak di tepak,
Kasih ada, sayang pun ada,
Sajalah saya tak beri nampak


Dan dibalas oleh Sofi seperti ini:

Pi The Mines nak tgk wayang,
Bajet nak tgk cite benggali,
Walo x nmpk kasih dan sayang,
Kalo aku dah suka apa pun aku tak pduli


Dan ya, wpun pantun ini menggunakan bahasa pasar, tetapi pada sy, ia nya sgt chumel. Maka, sy telah kumpulkan pantun² dari adik sy berdua ini untuk dikongsi di sini..

Izati: Buah pisang dibuat pengat,
Buah betik jgn plak wat kari,
Kalo sayang jgn gelojoh sangat,
Takut satgi awek tu lari


Sofi : Kaki ayam sepak bola
Kaki minum tak cukup sejaq
Nak lari, lari la
Nnt kita bleh men kejaq2


Izati: Barang lepas usah dikenang,
Kain buruk buat lap lantai,
Tau la dok kat Pulau Pinang,
Nak wat crita hindi lari tepi pantai??


Sofi: Tepi pantai dok santai
Skali kentut bunyi puuuuuuuuuut
Kalo xmo atas pntai
Jom berguling2 atas rumput


Izati: Lawat zoo tgk tenggiling,
Sambil pakai jeans lusuh,
Dok sronok sgt bguling2,
Satgi baju kotoq sapa la nak basuh


Sofi: 2 3 kerbau meracau
Mana nak sama meracau kuda
Baju kotoq xyah risau..
Pencuci bau dynamo kan ada.


Ini pula pantun sy kepada kawan sy Baizurah apabila beliau mengekpresikan kekaguman beliau atas pantun pertama yang disangkakan karya sy =p

Bkn sy yang tanam kacang
Sy lebih suke mkn sayur
Bkn sy tak pandai berjiwang
Tp sy perlu control macho


Dan di jawab oleh Izati haha..

Petang2 goreng cucur,
Cucur dipos berkotak-kotak,
Kalo betul nak control macho,
Nape menjerit bile tgk katak??



Rambut Mek Maggi berketak²
Dibuat rebonding, jadi spaghetti
Bkn sy yg takut katak
Itu keje cik Ayu Ikhwani


Cantik berseri si mawar merah
Menambahkan manis si anak dara
Tidak lah sy pandai bermadah
Sekadar menghibur hari yang lara


Sesiapa ada pantun lagi untuk sy kongsikan?

P/S Izati dan Sofi bkn lah merupakan satu pasangan, harap maklum! Diorg ni mmg suka 'gaduh' je hehe..

4 comments:

Hana said...

Hahaha memang chumel tegelak2 ana baca sofi gan t berpanton....

Ayu Ikhwani said...

Heheh.. tu la Ana.. ni yg copy paste dlm blog ni pun sbb tanak lupe diorg nye lawan pantun nih heheh

Bagaikan Puteri said...

memg cute pantun..terhibur jugk bace petang2 ni.hehe..salam kenalan...;)

Ayu Ikhwani said...

Salam kenalan jugak.. alamak! Malu la plak org len leh jumpe blog ni..

Nnt sy gi jenguk blog awak ye =) Thanx sbb singgah