Saturday, November 12, 2011

Alkisahnye..

Tersebut kisah seorg cikgu (emphasize on the 'CIK')

Ok laa.. tuko..

Tersebut kisah seorg pendita yang telah setahun menjadi guru pada sekumpulan anak muda yang ingin belajar dan memahirkan diri dalam bidang kira². Setelah tamat pertapaan mereka, mereka bersedia untuk meniggalkan si pendita demi mengejar cita² masing².. akan tetapi, si pendita menghalang mereka untuk sehari lagi, demi memantapkan lagi pertapaan anak² muda tersebut bagi sehari lagi..

Pertapaan terakhir ditentukan pada masa matahari tepat di atas kepala di suatu hari Sabtu yang indah dan permai..

Pagi itu, pendita itu berase sgt letih kerana semalaman tidak dpt tidur. Maka, selepas solat Subuh, si pendita memutuskan untuk menyambung tidur agak tidak terleka semasa pertapaan terakhir bersama anak² guruannya. Namun begitu, tengiang² suara si cilik Nadhirah yang inginkan manisan hasil tangan gurunya buat kali terakhir.

Antara 2 pilihan.. menyambung tidur yg tidak cukup.. atau membuat manisan tersebut dan berharap agak tidak leka dan mengantuk semasa pertapaan?!

Akhirnya si pendita memilih untuk membuat manisannya itu (sambil minum Nescafe bnyk² dan berharap agar tak mengantuk nnt)

Setelah manisannya siap, si pendita bersiap sedia untuk ke kelas. Segala persediaan untuk pertapaan terakhir ini telah dibuat beberapa hari sblmnya dgn harapan ianya dpt memantapkan lagi pemahaman para anak didik nya. Si pendita agak terleka semasa sedang bersiap dan menyedari yg beliau akan terlewat untuk bertemu anak² didiknya, lantas beliau berkejar untuk ke sana..

Malangnya, apabila sampai di tempat pertapaan, si pendita mendapati, tidak ade sorg pun anak didiknya yang ada di situ wpun beliau sendiri telah terlewat sampai.

Sedih bercampur kesal timbul di hati si pendita terutama bila mengenangkan pertapaan terakhir itu adalah hadiah buat anak didiknya, selain dari manisan yang dibuatnya di awal pagi itu..

Dengna langkah lemah, si pendita menuju ke tempat pertapaan dengan harapan terdapat tanda² menunjukkan adanya anak didiknya yang datang. Tiba²..

"Kak Ayu, kelas kak Ayu puluk 12.00 la.. sekarang baru 11.00 lebih.. awat kak Ayu mai awal ni?"

Opppssss..

Heheh.. malu I!!

No comments: